AHLAN WA SAHLAN
Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.
Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.
Kisah Ka'abah yang tidak ramai ketahui...
Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
...
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3.
tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang
berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat
gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di
hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan
frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali
tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus
asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7.
Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8.
Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam
dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika
bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan
hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ
pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling
dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara
automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang
belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi
Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi
daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut
lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran
darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru
dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran
darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan
tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga,
sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah
simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa
maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali
pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14.
Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang
baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas
melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru
kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur
atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru
lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada
pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk
membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya
hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Hati
adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya
cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta
ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika
kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber
bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering
berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a.
berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.
Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu
buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
01.Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.
Terutamanya
malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan.
Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan
enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum
munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;
"Dan mereka tidak
mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula)
menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." - [Surah
At-Taubah:54]
02.Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika
disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah,
hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada
membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling
daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
03.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
Segala
keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu
ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama
manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia
seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap
dunia.
04.Kurang mengagungkan Allah.
Sehingga
hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak
marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal
yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
Tepuklah dada, tanyalah iman. Semoga hati kita sentiasa segar mengingati dan mensyukuri nikmat Allah yang Maha Esa.
ARTIKEL DARI ILUVISLAM.COM