JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, October 16, 2009

Akurlah pada kelemahan diri...!

Entry ini adalah entry berjadual. Sebarang komen dan ulasan rakan-rakan akan saya balas sekembali saya dari bercuti nanti. Terima kasih atas keperihatinan kalian semua.

Assalamualaikum semua...

Manusia...dilahirkan dengan pelbagai ragam. Ada manis, ada masam dan ada kelat2 masin. Teringat saya satu slot tazkirah di dalam sebuah kelas......biasanya slot tazkirah ini mengisi ruang selepas amali solat setiap minggu.

Saya minta semua murid mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen. Murid-murid dikehendaki menjarakkan diri mereka di antara satu sama lain. Saya meminta mereka menulis sebanyak mungkin kelemahan diri mereka sendiri....hendaklah jujur, telus dan saya ingatkan bahawa apa yang mereka tulis adalah rahsia. Tidak ada seorang pun di antara kami yang akan melihat hasil tulisan orang lain...hatta saya sendiri.

Suka melihat mereka masuk ke dalam diri masing2....mencatat dalam emosi yang tersendiri. Ada yang nampaknya terlalu beremosi sehingga berkerut wajah. Lima belas minit berlalu.....

"Saya ni teruk ustazah....sebab tu penuh kertas ni saya tulis" tingkas si Minah yang terkenal dengan jujur dan telusnya apabila berbicara.

"Semua orang ada kelamahan diri masing-masing.....mana ada orang yang sempurna!! Saya pun macam awak, masih banyak kelamahan yang perlu saya baiki...." ulas saya secara jujur juga.

*****
***
*

Manusia dilahirkan dengan ego yang bersangatan di dalam diri. Ego yang tinggi menjadikan kita cepat marah dan paling teruk bersifat panas baran. Salah satu cara untuk meleraikan ego ialah dengan mengenal pasti semua kelemahan yang ada pada diri kita sendiri.

Senaraikan semuanya.....secara jujur dan telus.

Kemudian apabila ada orang memuji kita....kita takkan mudah bangga diri kerana kita sentiasa akur akan kelemahan yang ada pada diri kita. Orang nampak kekuatan dan kehebatan kita mungkin dari satu sudut tetapi mereka gagal mengenali kelemahan kita dari sudut yang lain. Hanya kita dan Allah sahaja yang memahami kelemahan diri kita sendiri. Justeru itu kita tidak mudah syok sendiri dengan pujian orang lain kepada kita.....maka terlindunglah kita dari sifat riyak, takabbur dan ujub. Sifat2 ini umpama api dalam sekam....menjahanamkan dan mensia-siakan semua amalan baik yang pernah kita lakukan.

Riyak.....adalah sifat menunjuk-nunjuk kehebatan diri untuk dipandang mulia oleh orang lain. Kita akan menjadi pelakon yang hebat.....pandai berlakon supaya mudah dipandang mulia. Contohnya apabila di hadapan orang lain kita berlagak baik tetapi hakikatnya tidak sebegitu.

Takabbur....adalah sikap membesarkan diri. Dalam apa juga perlakuan dan tindakan kita merasakan bahawa kitalah yang terbaik dan terhebat. Pendapat kita tidak boleh langsung disanggah, diri kita langsung tidak boleh dikritik....kerana merasakan diri kita adalah yang paling hebat mengatasi orang lain. Takabbur juga sudah bertapak dalam diri apabila kita merasakan orang lain terlalu rendah dan hina....yakni suka merendah2kan kelebihan dan kehebatan orang lain. Akulah yang paling hebat....akulah yang paling gah....akulah yang paling canti....akulah yang paling kaya....orang lain tidak dapat mengatasi kehebatan diriku!!! Itulah tuturkata orang takabbur.

Ujub...sifat ini seringkali muncul dalam diri kita. Rasa bangga pada diri sendiri tetapi ianya tidak melibatkan orang lain. Dalam bahasa lain kita panggil "syok sendiri" Duduk bergaya di hadapan cermin kita rasakan bahawa kitalah yang paling cantik ketika itu....

Ketiga-tiga sifat ini boleh menjadikan kita syirik. Ianya termasuk dalam syirik khafi iaitu syirik secara tersembunyi (bukan nyata). Kenapa pula? Sebabnya sifat-sifat ini tidak layak dimiliki oleh manusia...kerana kita sifatnya lemah. Yang hanya layak bersifat seperti ini hanyalah Allah sahaja kerana Allah bersifat Maha Kaya, Maha Perkasa. Oleh itu kita menduakan Allah jika bersifat seperti ini.

Amat sukar mengatasi ketiga-tiga sifat ini kecuali dengan mengenal pasti kelamahan yang ada dalam diri kita sendiri. Kadang-kadang untuk menulis kelamahan diri kita juga merupakan satu kepayahan kerana kita disalut oleh sifat ego yang tinggi. Justeru itu, sewaktu sujud kepada Allah pun hati kita masih sukar untuk ditundukkan kerana kita tidak akur pada kelemahan diri kita sendiri...lantaran itu setitis airmata pun susah digugurkan apabila kita berdosa sedangkan salah satu dari syarat taubat diterima oleh Allah ialah mestilah ada sifat "menyalahkan diri sendiri dan menyesal yang bersangatan kepada apa yang kita lakukan"

Menulis kelemahan diri kita sendiri dan sentiasa menghayatinya adalah satu amalan untuk mengelakkan diri kita marah apabila kita dikritik. Sifat ego dalam diri juga menjadikan kita susah ditegur....kena pula cara teguran yang tidak mengikut seni yang diajar oleh Rasulullah. Jika kita selalu akur akan kelemahan diri kita, kita akan mudah untuk menerima kritikan dari orang lain.....malahan kita merasakan bahawa kita lebih teruk dari apa yang dikritik. Secara positifnya kita akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada.

Justeru itu manusia sering berselisih pendapat dan berburuk sangka kesan dari kurangnya akur pada kelemahan diri kita sendiri. Kita tidak akan mudah untuk marah pada seseorang yang melakukan kesilapan kerana kita juga akur tidak ada manusia yang sempurna. Kita juga akan mudah memaafkan kesalahan orang lain. Bukankah hidup kita akan menjadi tenang dan damai...

...sekadar ingin berkongsi rasa dalam mendidik diri sendiri....amiiiin ya Rabb.

12 comments:

Dearie Pearls said...

Salam Kak ku sayang,
Miss ya Kak..
Cuti g maner tue..?

Thanks by sharing this..

Kalau nak list kan keburukan, mcm susah juga nak tulis kerana terasa seolah tak nak mengakui.
Bila sebut tentang kebaikan seolah senang jer nak tulis semuanya kerana mungkin itu hanya dusta semata.

Ku selalu tanya adikku apakah sikap terburuk ku..

Jawapan: "Pemarah. Itu dululah. Sekarang dah ok.."

Itu jawabnya.

Semenjak selalu berjauhan dengan adik2 (since umur LOL 15thn), sedikit demi sedikit ku berubah. Tapi jujur, LOL memang pemarah orgnya.. dulu kot.. sekarang kena belajar kawal.

Frodo Baggins said...

Salam Cikgu ~

kadang-kadang kita x sedar kita mnghampiri syirik yg senyap. semoga sentiasa kita diselimuti sifat merendah diri ... entry ni sangat berkesan. Ada masa mungkin akan cilok entry ni. saya mohon mencilok.


xoxoxoxoxo


>>_____<<


HUGZ

myQza said...

jarang secara sy serius menulis tentang kelemahan diri sendiri. cuma sesekali tu tertulis juga tanpa sedar.


kadang-kadang kita pun tidak tahu itu kelemahan atau kebiasaan.

Terima kasih atas perkongsian.. :)

mamawana said...

Sebaik2 muhasabah diri kiter utk mnghidari penyakit riak dan takabbur nih. Banyakkan zikir dan istigfar. Mama pun takut dgn penyakit riak & eksyen nih. Semoga di lindungi dari bisikan syaitan laknatullah. Mama nih seorg yg penakut, pemalu, pendiam, pemarah, penangis, penyebok...semua ader. Heee....Maaf yer, permisi.

zai said...

Salam Asyiq,

Alhamdulillah syukur atas entri peringatan yg sgt baik ini..

Perasaan riak dan takabbur banyak menghiasi hidup manusia, tidak dapat tidak kita tak dapat lari dari perasaan itu sesekali..

Yang terbaik harus sentiasa bermuhasabah diri dan melihat sekeliling kita akan kemusnahan hidup orang2 yg bersifat sedemikian, biasanya ia tidak akan kekal lama..pengajaran terbaik adalah apabila kita ditimpa sakit yg berbulan lamanya dan hilang upaya..masa itu tiada lagi apa yg tinggal untk dibanggakan..walaupun punya wang berjuta tapi jika nikmat kesihatan ditarik tiada lagi kita mampu berbuat apa2..

Itulah peringatan yg perlu sentiasa disemat difikiran bahawa kita hanyalah pinjaman Allah bukan hakmilik kekal..

Alangkah rugi jika merasa sombong dgn kelebihan diri sendiri sedangkan semuanya datang dari Allah jua.

* adeqya8284 * said...

Salam cu,
tak ramai kan yang boleh mengaku kelemahan diri msg2...walaupun sedar semua manusia tak sempurna...alpa & lupa akan buat kita hanyut dgn segala anugerahNya...thanks ..entry ni sedikit sebanyak jd peringatan buat kita ..insan yang sering terlupa...

Anem Arnamee said...

Salam..

benar, ramai memperkatakan tentang orang, tidak diri, seperti diri ini juga.

huhu, terus muhasabah..

Unknown said...

Takabbur,riyak dan ujub umpama api dalam sekam.erm,
sifat ni bukan setakat org yg jahil agama,tapi kaki surau,ustaz-ustazah,bilal dan imam pun takkan dapat lari.susah nak make sure amalan kita ikhlas.Itulah gunanya peringatan.Thanks akak sebab mengingatkan.selalula kita beringat ea..taknak pulak nanti kita rasa amal kita ni macam gunung,tapi hakikatnya cuma debu sahaja.Rugi...

Dearie Pearls said...

Salam Kak,
Masih bercuti..?
Ok,
great day ya..

Ku saja menjenguk..

hehe..

ASYIQ said...

Terima kasih kepada semua yang sudi memberi komentar di sini. Saya kembali dari bercuti malam tadi....jadi sekarang baru ada masa untuk memberi komen balas. Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.


LOL ---> Dua kali datang LOL menjenguk akak. Terima kasih my frenz...LOL sungguh setia.

Pemarah....sy pun mcm tu juga. Tengah usaha merawat diri....


Hobbit Frodo ---> Sharing is caring...silakan dik. Yang mana baik jadikanlah pengajaran.


Mak Su ---> Sama2...moga2 dpt manfaat bersama.


tEDI ---> Bersama2 kita usaha betulkan yang sudah menjadi kebiasaan.


Mawana ---> Semua orang terdorong utk bersikap sebegitu...cuma yg perlu ada kefahaman dan ilmu bhw sifat ini merbahaya dan perlu dijauhi.


Zai ---> Moga dpt manfaat bersama.


adeqya ---> Sekadar peringatan untuk kita bersama...mana ada manusia yg sempurna. Yg pnting kita saling berusaha utk berubah.


arnamee ---> Terima kasih sudi singgah dan meninggalkan jejak buat pertama kali...sila datang lagi.


Iqbal ---> Betul iqbal...semua org tak terkecuali, yg penting kita perlu berwaspada.

LOL ---> Terima kasih sudi dtg lagi....akak dah kembali.

Anonymous said...

Share la skit citer2 cuti tu...

nk dengar nih...

ASYIQ said...

aaryani ---> Alahai kawanku sayang....nak share percutian sy...
tengoklah kalau free nnti sy upload gambar2 tersebut....haha.

Skrg tgh kalut kemas balik kain baju....basuh...jemur...lipat...susun...gosok...alahai, tak habis2.

Maklumlah, sy ibu dan saya bibik di dalam rumah ini.....mujurlah anak dara boleh membantu!!

Tunggu ye kawan...

Pengikut ASYIQ