JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, July 13, 2009

Manusia tidak perlu lagi berkahwin???


Sejak kebelakangan ini saya jarang sungguh mendapat kesempatan untuk mengadap laptop...apatah lagi dapat menjenguk rakan-rakan blogger sekalian. Sebenarnya terlalu banyak perkara lain yang perlu disegerakan.....tugas seharian di rumah dan ditambah dengan tugas seharian di sekolah betul-betul membatasi pergerakan saya. Ditambah pula dengan tanggungjawab untuk melayan dua orang anak dara saya yang akan mengambil peperiksaan. Jadi....andaikata tidak nampak kelibat saya di mana-mana maafkanlah saya. Sungguh banyak entry rakan-rakan blogger yang saya telah terlepas. InsyaAllah sekiranya ada kesempatan saya akan pergi bertandang dan 'menqadha' semula.......semuanya kerana saya betul-betul sibuk sekarang.


Sejak kebelakangan ini juga orang semua bising pasal pemansuhan PPSMI. Ada pro dan kontranya. Saya tidak mahu menyentuh pasal PPSMI....kerana sudah terlalu ramai orang memperkatakannya. Di mana-mana sahaja kita mendengar isu ini walaupun dah seminggu lebih ianya dimansuhkan. Hari Khamis lepas terpapar berita tentang 'Sperma buatan makmal'. Isu ini betul-betul menterujakan saya....


Pasukan saintis dari Universiti Newcastle, England yang diketuai oleh seorang pakar dari Iran, Dr Karim Nayernia telah mengejutkan dunia perubatan berikutan kejayaan mereka menghasilkan air mani manusia daripada campuran bahan kimia dan vitamin. Mereka mampu mencipta satu campuran bahan kimia dan vitamin yang menukarkan sel stem menjadi sperma.


Sel stem merupakan sel yang amat bernilai dan terpenting dalam badan bayi dengan fungsinya merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platlet (membantu dalam pembekuan darah). Menerusi mikroskop, sperma hasil kajian itu dilihat ada kepala dan ekor selain boleh berenang seperti sperma normal. Para saintis itu yakin bahawa sperma yang dihasilkan mampu mensenyawakan telur wanita dan menyebabkan bayi dihasilkan. Bagaimanapun kajian ini menimbulkan kontroversi kerana beliau menggunakan stem sel daripada embrio manusia yang berusia beberapa hari.

Benarkah kajian ini benar-benar berjaya.? Menurut Pakar Runding Genetik Kanak-kanak Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Chow Yew Sing menyatakan bahawa penghasilan sperma dari sel stem mungkin terbukti berjaya dalam ujian makmal namun dalam realiti sebenar berkemungkinan sperma tersebut belum cukup matang dan mampu disenyawakan dengan telur yang dihasilkan oleh wanita. Beliau juga tidak yakin akan kemampuannya untuk menghasilkan bayi normal atau cukup sihat. Ternyata kenyataan pakar ini membuktikan bahawa hanya Allah sahaja sebaik-baik pencipta......dan manusia tidak mampu menandinginya.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan bahawa jika air mani tersebut disuntik ke dalam tubuh seseorang lelaki dan kemudian lelaki tersebut melakukan persetubuhan dengan isterinya yang halal untuk mendapatkan anak maka ianya dibenarkan di dalam Islam. Namun jika persenyawaan berlaku di luar lumrah kejadian manusia, ianya sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam. Beliau juga menyifatkan bahawa hasil penyelidikan mengenai sperma daripada sel stem itu menganggu proses semulajadi yang ditetapkan oleh Allah. Islam tidak menolak kemajuan sains dan teknologi tetapi ianya hendaklah selaras dengan kehendak sunnatullah (kejadian semulajadi yang telah ditentukan Allah sejak azali).


Melihat kepada isu ini, teringat saya pada isu 'bayi tabung uji' dan 'bayi klon' suatu masa dahulu. Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan bayi tabung uji daripada benih suami isteri yang sah dan dicantumkan dengan cara terhormat adalah sah di sisi Islam tetapi haram jika bukan dari benih suami isteri yang sah. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka daripada keluarga yang berhak.


Pada tahun 2002 pula Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan pengklonan manusia kerana ianya bertentangan dengan fitrah manusia. Ini bukan bermakna Islam menghalang perkembangan sains dan teknologi tetapi ianya harus dikembangkan dalam ruang lingkup garis sempadan yang jelas di antara apa yang diharuskan dan apa yang dilarang.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan fatwa bahawa sel stem boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat-syarat tertentu iaitu sel stem dewasa dan sel stem kanak-kanak yang yang ingin digunakan adalah mesti mendapat keizinan ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan. Begitu juga penggunaan sel stem embrio, darah tiruan, pengklonan dan sebagainya yang diharuskan mengikut syarat-syarat yang tertentu. Ini bermakna penggunaan sel itu secara sewenang-wenangnya untuk tujuan mengubah atau tujuan komersil adalah diharamkan.

>>>>>>>>>>>>>>>

Allah adalah sebaik-baik pencipta. Pada hemat saya yang jahil tentang ilmu genetik....penemuan ini tidak akan berjaya. Tidak ada pencipta yang lebih sempurna selain Allah. Tidak mungkin Allah mengizinkan kejadian ini dari berlaku kerana ianya akan menyumbang kepada beberapa kerosakan lain di atas muka bumi Allah. Atau mungkin kerana dunia dah terlalu hampir kepada berlakunya kiamat...maka kerosakan demi kerosakan semakin rakus dilakukan oleh manusia. Sesungguhnya Allah menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.....dan perbuatan ini adalah sebahagian daripada zina....takutlah dengan kemurkaan Allah. Wallahua`lam.

12 comments:

Fadhlah said...

sokong akak

Unknown said...

cgu ada satu lagi..
ini kajian bijak pandai...yang sudah mahu mengatasi hukum allah....

sperma dicipta untuk memperbanyakkan bilangan LELAKI....kenapa.

rujuk pada blog saya.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

kena pastikan mana halal & haram...jgn kita melampaui batas2 n garis2 yg tlh ditetap...kerana Allah tidak suka pd mereka yg melampaui batasan...

tak kahwin??? sila jawab kak asyiq...hehehe...

Unknown said...

tahniah kerana berkongsi kak~

Dida... said...

mcm2 berlaku di dunia akhir zaman ini.. masing2 nak tunjuk kepakaran yg kadang2 boleh nampak mcm cuba melawan kuasa Allah... tapi mereka ttp tak dapat tandingi setiap kejadian Allah yg Maha Sempurna walaubagaimana canggih pun teknologi yg mereka gunakan...

Ummu Mishkah said...

manusia memang suka lari dari fitrah.... tapi takkan boleh lawan kuasa Allah kerana Allah itu MAHA segala-galanya.

ASYIQ said...

Fadhlah ---> Saya pun sokong gak...hihi.


Jinggo ---> Sebab perempuan dah lebih ramai dari lelaki....petanda akhir zaman.


LisZa ---> Allah yang jadikan kita pun suruh kita kawin...mana boleh nak dapat anak tanpa berkahwin kan? Pepandai je dia orang ni...


Iqbal ---> Syukran juga krn sudi berkongsi...


Dida ---> Betul...Allah MAHA segala.


UM ---> Manusia memang suka lari dari fitrah....planet Marikh pun dia orang nak teroka...tapi sampai sekarang pun x berjaya.

smurf said...

ni lah , manusia akhir zaman . bila mereka rasa terlalu bijak , mereka cuba mengubah dan merosak hukum alam ...

Anonymous said...

cuba lawan fitrah sebenarnya nih...

Tak faham....

tak faham....

Nak tunjuk pandai, tapi nmpak mcm tak berapa pandai sangat ber PIKIR

p/s saya juga smakin sibuk Asyik..Anak2 dah nak final exam nih..

ASYIQ said...

ASE1 ---> Kebijaksanaan manusia tidak sehebat mana. Ilmu Allah bagaikan lautan luas...ilmu manusia diibaratkan seperti setitis air dari lautan luas tersebut. So..ilmu manusia tetap tidak boleh menandingi ilmu Allah.


aaryani ---> TQ kak yan sbb sentiasa sudi singgah. Saya pun macam tu juga...anak yg tahun enam tu skrg tengah exam trial UPSR. Mak dia lagi sibuk.....lebih ramai anak murid di sekolah yang nak exam trial PMR dan SPM....huhu.

al amin said...

Cuba anda fikirkan apakah itu ciptaan manusia?

tidak........

sebenarnya itu semuanya ciptaan Allah

itu pun baru terjumpa ,tapi walaubagaimanapun ia masih disangsikan lagi.

fikir-fikirkan lah

nhanania said...

kenapa PILIH WArna tulisan yang sukar untuk dibaca?

Pengikut ASYIQ